Melalui pindaan Undang-Undang Dasar Republik Indonesia 1945 yang memungkinkan presiden dipilih secara langsung oleh rakyat, beliau telah dipilih menjadi Presiden Republik Indonesia pertama pilihan rakyat serta presiden Indonesia keenam selepas dilantik pada 20 Oktober 2004 bersama Naib Presiden Jusuf Kalla. Kerjaya tenteranya terhenti ketika beliau diangkat Presiden Abdurrahman Wahid sebagai Menteri Pelombongan dan Tenaga pada tahun 1999 dan termuncul sebagai salah seorang pengasas Parti Demokrat. Pangkat terakhir sebelum persaraannya pada 25 September 2000 ialah Jeneral Tentera Nasional Indonesia
Latar belakang
Dilahirkan di Pacitan, Jawa Timur
kepada Raden Soekotjo dan Siti Habibah, SBY menyertai dunia ketenteraan
mengikut jejak ayahnya. Pada tahun 1973, beliau lulus dari akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia
(AKABRI) dengan penghargaan "Adhi Makayasa" sebagai murid lulusan
terbaik dan "Tri Sakti Wiratama"
yang merupakan prestasi gabungan mental, fizikal, dan intelek yang tertinggi.
Dalam tempoh antara 1974 dan 1976, SBY memulakan
kerjayanya dengan Dan Tonpan Yonif Linud 330 Kostrad. Kemudian pada tahun 1976,
beliau belajar di Sekolah Bawaan Udara dan Renjer Tentera Amerika Syarikat,
serta menyertai banyak lagi kursus untuk kemajuan diri. Sila lihat: Pendidikan SBY. SBY ditugaskan untuk
operasi-operasi di Timor-Timur pada tempoh 1979-1980 dan 1986-1988.
Dari 1989 ke 1993), SBY bertugas
sebagai Pensyarah Seskoad Korspri Pangab, Dan Brigif Linud 17 Kujang 1 Kostrad
(1993-1994,
Asops Kodam Jaya (1994-1995)
dan Danrem 072/Pamungkas Kodam IV/Diponegoro (1995) serta Ketua Pemerhati
Tentera bagi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF) di Bosnia-Herzegovina (1995-1996). Kelulusan SBY dari
Kolej Pegawai Perintah dan Turus, Fort Leavenwort, Kansas, Amerika
Syarikat, serta Saujana Sasteranya (MA) dari Universiti
Webster Pengurusan (Management Webster
University), Missouri, Amerika Syarikat juga membantu kerjayanya di Kasdam
Jaya (1996),
Pangdam II/Sriwijaya sekaligus Ketua Bakorstanasda, Ketua Fraksi ABRI MPR pada Sidang Istimewa MPR tahun 1998, dan Ketua Staf
Wilayah (Kaster ABRI) dari 1998 ke 1999.
Pada tahun 1997, SBY diangkat sebagai Ketua Angkatan Bersenjata dan Staf
Urusan Sosial dan Politik. Kerjaya tenteranya terhenti ketika beliau dilantik
oleh Presiden Abdurrahman Wahid sebagai Menteri Pelombongan dan Tenaga
pada 26 Oktober
1999, dan Menteri Penyelaras Politik, Sosial, dan Keamanan. Perlantikan itu
terjadi sewaktu Presiden Abdurrahman Wahid berada di "hujung tanduk".
SBY mundur daripada jawatan-jawatan tersebut pada 11 Mac 2004 sewaktu pimpinan
pemerintahan dikendalikan oleh Presiden Megawati Sukarnoputri kerana dicalonkan
oleh Parti Demokrat sebagai calon presiden.
SBY memperoleh kedoktorannya (PhD) dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Institut Pertanian Bogor
(IPB) pada 3 Oktober
2004. Pada 15 Desember 2005, beliau menerima doktor kehormat dalam bidang ilmu politik dari Universiti Thammasat Bangkok
(Thailand).
Dalam ucapannya sewaktu menerima anugerah tersebut, beliau menegaskan bahawa
politik merupakan seni untuk perubahan dan transformasi dalam sebuah negara
demokrasi yang damai. Beliau tidak yakin sepenuhnya bahawa politik adalah ilmu.
Dalam Persidangan Istimewa Parliamen Rakyat] pada
akhir Julai 2001,
SBY menjadi calon Naib Presiden. Walaupun tidak terpilih, nama SBY tetap
bersinar. Dalam kabinet Megawati-Hamzah, SBY dilantik semula sebagai
Menkopolkam, satu jawatan yang strategik. Semasa tempoh perjawatannya itu, SBY
mengendalikan banyak kes yang harus diselesaikan, terutama kes-kes mengenai Aceh, Poso, dan Maluku. Beliau
memainkan peranan yang besar dalam menentukan darurat tentera di Aceh dan
Maluku. SBY juga memainkan peranan yang besar dalam perjanjian Malino untuk menyelesaikan pertikaian di
Poso.
Dalam pilihan raya umum 2004, SBY menewaskan
Megawati Sukarnoputri dan menjadi ketua negara Indonesia.
Dalam kehidupan peribadinya, SBY menikah dengan
Kristiani Herawati, anak ketiga kepada Almarhum Jen. (Purn) Sarwo Edhi Wibowo,
komandan RPKAD (kini Kopassus) yang membantu menumpaskan Parti Komunis Indonesia (PKI) pada tahun 1965. Mereka dikurniakan
dengan dua orang anak lelaki: Agus Harimurti Yudhoyono, dan Edhie Baskoro
Yudhoyono.
Biodata
Pendidikan
- 1973: Akademi Angkatan Bersenjata Republik Indonesia (Akabri)
- 1976: Kursus Bahasa Amerika, Lackland, Texas, Amerika Syarikat
- 1976: Kursus Bawaan Udara dan Renjer, Fort Benning, Amerika Syarikat
- 1982-1983: Kursus Lanjutan Pegawai Infantri, Fort Benning, Amerika Syarikat
- 1983: Latihan semasa kerja dalam Bahagian Bawaan Udara ke-82, Fort Bragg, Amerika Syarikat
- 1983: Sekolah Peperangan Hutan, Panama
- 1984: Kursus Senjata Anti Kereta Kebal di Belgia dan Jerman
- 1985: Kursus Komando Batalion
- 1988-1989: Sekolah Komando Angkatan Darat
- Kolej Pegawai Perintah dan Turus, Fort Leavenwort, Kansas, Amerika Syarikat
- Saujana Sastera (MA) dari Universiti Webster Pengurusan (Management Webster University), Missouri, Amerika Syarikat
- 2004: Kedoktoran dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Institut Pertanian Bogor (IPB).
Kerjaya
- 1974-1976: Dan Tonpan Yonif Linud 330 Kostrad
- 1976-1977: Dan Tonpan Yonif 305 Kostrad
- 1977: Dan Tn Mo 81 Yonif Linud 330 Kostrad
- 1977-1978: Pasi-2/Ops Mabrigif Linud 17 Kujang I Kostrad
- 1979-1981: Dan Kipan Yonif Linud 330 Kostrad
- 1981-1982: Paban Muda Sops SUAD
- 1983-1985: Komandan Sekolah Pelatih Infantri
- 1986-1988: Dan Yonif 744 Dam IX/Udayana
- 1988: Paban Madyalat Sops Dam IX/Udayana
- 1989-1992: Pensyarah Seskoad
- 1993: Korspri Pangab
- 1993-1994: Dan Brigif Linud 17 Kujang 1 Kostrad
- 1994-1995: Asops Kodam Jaya
- 1995: Danrem 072/Pamungkas Kodam IV/Diponegoro
- November 1995 - : Ketua Pemerhati Tentera bagi Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF) di Bosnia-Herzegovina
- 1996: Kasdam Jaya (hanya lima bulan)
- 1996- Pangdam II/Sriwijaya merangkap Ketua Bakorstanasda
- 1998: Ketua Fraksi ABRI MPR (Persidangan Khas MPR 1998)
- 1998-1999: Ketua Staf Wilayah (Kaster ABRI)
- 26 Oktober 1999 - : Mentamben
- Menko Polsoskam (Pemerintahan Presiden Abdurrahman Wahid)
- Menko Polkam (Pemerintahan Presiden Megawati Sukarnoputri) mengundurkan diri 11 Mac 2004
Penugasan
- Operasi Timor Timur (1979-1980), dan 1986-1988
Anugerah
Yudhoyono
- 1973: Tri Sakti Wiratama (Prestasi Tertinggi Gabungan Mental Fizikal, dan Intelek)
- 1973: Adhi Makayasa (kelulusan terbaik Akabri
- 1976: Satya Lencana Seroja
- 1983 Siswazah Kepujian IOAC, Amerika Syarikat
- 1985: Satya Lencana Dwija Sista
- 1989: Kelulusan terbaik Seskoad Susreg XXVI
- 1989: Pensyarah Terbaik Seskoad
- 1996: Satya Lencana Santi Dharma
- 1996: Satya Lencana Pengaman Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNPF)
- 1996: Satya Lencana Pihak Berkuasa Peralihan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Slavonia Timur, Baranja, dan Sirmium Barat (UNTAES)
- 1998: Bintang Kartika Eka Paksi Nararya
- 1998: Bintang Yudha Dharma Nararya
- 1998: Sayap Penerbang TNI-AU
- 1998: Sayap Kapal Selam TNI-AL
- 1999: Bintang Kartika Eka Paksi Pratama
- 1999: Bintang Yudha Dharma Pratama
- 1999: Bintang Dharma
- 1999: Bintang Maha Putera Utama
- 2003: Tokoh Berbahasa Lisan Terbaik
- 2005: Bintang Asia (Star of Asia) oleh BusinessWeek
- 2006: Bintang Kehormat Darjah Kerabat Laila Utama oleh Sultan Brunei
- 2008: Darjah Utama Seri Mahkota Negara oleh Yang DiPertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin

0 komentar:
Posting Komentar
silahkan coment di sini :D